Monday 22 July 2013

# Wanita itu terlalu istimewa #








Assalamualaikum..


Jap,sebelum saya nak 'mula',apa kata kita hayati & fahami dulu lirik lagu Wanita ini..nyanyian Kumpulan Nasyid De Hearty =)


.......................................................


Kau digelar sebagai penyeri dunia
 Hadirmu melengkap hubungan manusia
 Bukan sahaja dirindui yang biasa
 Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
 Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
 Jua hatimu bak kaca yang rapuh
 Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh


Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
 Jika datangnya dari kayu yang bengkok
 Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
 Bukannya harta ataupun pujian
 Kelak tidak derita berharap pada yang binasa


Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa
 Bahawa kelembutan bukan kelemahan
 Bukan jua penghinaan dari Tuhan
 Bahkan sebagai hiasan kecantikan


.......................................................



Begitu indah kan bait-bait lirik lagu Wanita tu..siap dh sy 'italic'kan part yg mmg sgt2 menunjukkan yg wanita itu sgtlah istimewa =) Allah dah jadikan Wanita itu elok dah..molek dah..setiap Wanita,ada kecantikan diri masing-masing.Kita ni dikatakan sebagai penyeri dunia.Maknanya kalau tak ada kita ni,mungkin tak berserilah dunia ni hehe..itu sebagai perumpamaan..


Tapi,untuk manjadi seorang wanita,mcm2 cabaran disamping tanggungjawab yg perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Antara cabaran yang perlu dilalui oleh wanita pada hari ini ialah fesyen,kewangan,sosial dll.Meh kita hayati bait-bait lagu Wanita Hari Ini nyanyian Ana Rafali & Altimet ni..:)


     "wanita hari ini bijak mengatur,
   mengurus watak-wataknya..
         usahawati,ibu,isteri,permaisuri..
        wanita hari ini di zaman moden 
masih kekalkan adatnya..
        dihormati,disayangi,disanjungi.."


Wanita ni,banyak 'tugas'nya sehari-hari.celik je mata,bermulalah tugas-tugas kita..mana nak uruskan rumah tangga,anak-anak,suami,kerjaya lagi..dan JGN lupa tanggungjawab kepada Illahi =) oleh itu,kuatlah..sebagai Wanita,itulah 'bakti' kita =)


Walaupun kita dah moden (nk kisar cili dh tak guna batu penggiling dh kan),tp adat resam,adat sopan dan tutur bicara tetap perlu dijaga..barulah istilah Wanita Solehah itu tepat pada sasaran dan caranya =)

InShaa Allah..









* gambar & lirik lagu credit to Google..




Sehingga bertemu lagi di lain lembaran..



Wsalam..

 

-SAM-


Wednesday 17 July 2013

#Salam Perkenalan#

sebelum nak pegi punch in time pepagi =)





Assalamualaikum..

Hai semua..hari ini 17 Julai 2013 bersamaan dengan 8 Ramadhan 1434H..Alhamdulillah..dah seminggu + 1 hari :)  umat Islam seluruh dunia menunaikan dan menjalani ibadah berpuasa..

Terasa seperti baru semalam melangkah kaki ke tahun 2013 ni..Alhamdulillah..masih diberi peluang @ kesempatan dariNya utk menambah lagi ilmu pengetahuan disamping memperbaiki lagi khilaf-khilaf yg prnah dilakukan sebelum ini..


Salam perkenalan dari saya..semoga berjumpa lagi..

Wsalam...






-SAM-