Assalamualaikum..
Jap,sebelum saya nak 'mula',apa kata kita hayati &
fahami dulu lirik lagu Wanita ini..nyanyian Kumpulan Nasyid De Hearty =)
.......................................................
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
.......................................................
Begitu indah kan bait-bait lirik lagu Wanita tu..siap dh sy
'italic'kan part yg mmg sgt2 menunjukkan yg wanita itu sgtlah istimewa =) Allah
dah jadikan Wanita itu elok dah..molek dah..setiap Wanita,ada kecantikan diri
masing-masing.Kita ni dikatakan sebagai penyeri dunia.Maknanya kalau tak ada
kita ni,mungkin tak berserilah dunia ni hehe..itu sebagai perumpamaan..
Tapi,untuk manjadi seorang wanita,mcm2 cabaran disamping
tanggungjawab yg perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.Antara cabaran yang
perlu dilalui oleh wanita pada hari ini ialah fesyen,kewangan,sosial dll.Meh
kita hayati bait-bait lagu Wanita Hari Ini nyanyian Ana Rafali & Altimet
ni..:)
"wanita hari ini bijak mengatur,
mengurus watak-wataknya..
usahawati,ibu,isteri,permaisuri..
wanita hari ini di zaman moden
masih kekalkan adatnya..
dihormati,disayangi,disanjungi.."
Wanita ni,banyak 'tugas'nya sehari-hari.celik je
mata,bermulalah tugas-tugas kita..mana nak uruskan rumah
tangga,anak-anak,suami,kerjaya lagi..dan JGN lupa tanggungjawab kepada Illahi
=) oleh itu,kuatlah..sebagai Wanita,itulah 'bakti' kita =)
Walaupun kita dah moden (nk kisar cili dh tak guna batu
penggiling dh kan),tp adat resam,adat sopan dan tutur bicara tetap perlu
dijaga..barulah istilah Wanita Solehah itu tepat pada sasaran dan caranya =)
InShaa Allah..
* gambar & lirik lagu credit to Google..
Sehingga bertemu lagi di lain lembaran..
Wsalam..
-SAM-
No comments:
Post a Comment